Alhamdulillah...sakit yang datang harapnya dapat menghapuskan dosa-dosaku..

Selepas lahirkan anak ke-4, habis pantang..bila dah masuk balik kerja, aku prasan berat badan aku menurun.. aktiviti 'melabur' pun kerap daripada biasa.. dari 55kg berat aku drop ke 47kg...aku tahu ini x normal. Beranikan diri utk buat full blood test...dan alhamdulillah.., konpem aku ada hipertirod. Alhamdulillah...ujian buat aku tak seberat ujian orang lain. Meh baca fasal Tiroid

Soalan 1
Apakah kelenjar tiroid dan apakah fungsinya?

Jawapan 1
Kelenjar tiroidadalah salah-satu kelenjar endokrin yang berbentuk seperti kupu-kupu dan terletak di hadapan leher manusia.
Fungsinya adalah untuk mengeluarkan hormon tiroid iaitu hormon Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3).
Hormon-hormon ini berfungsi mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia

Soalan 2
Apakah jenis-jenis penyakit tiroid?

Jawapan 2
Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama iaitu:
  • Hipertiroidisme/Tirotoksikosis (hormon tiroid berlebihan)
  • Hipotiroidisme (hormon tiroid rendah)
Hipertiroidisme adalah keadaan berlebihan hormon tiroid dalam badan, ini paling kerap disebabkan penyakit “Graves disease” yang mana sistem pertahanan badan mengeluarkan antibodi yang merangsangkan kelenjar tiroid untuk mengeluarkan hormon tiroid yang berlebihan.
Hipotiroidisme adalah keadaan kekurangan hormone tiroid dalam badan. Keadaan ini selalunya berlaku disebabkan kegagalan fungsi kelenjar tiroid (primary hypothyroidism). Kadangkala hipotiroidism berpunca dari kegagalan fungsi kelenjar pituitary (secondary or central hypothyroid) yang mengeluarkan isyarat kepada kelenjar tiroid untuk membentuk dan mengeluarkan hormone tiroid.

Soalan 3
Apakah tanda dan gejala penyakit tiroid (Hipertiroidisme/Tirotoksikosis dan hipotiroidisme)?

Jawapan 3
Tanda dan gejala orang yang menghidapi hipertiroidisme/Tirotoksikosis adalah seperti berikut:
  • Kadar denyutan jantung laju dan sentiasa berdebar-debar.
  • Sukar bernafas
  • Sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Kelemahan otot.
Tanda dan gejala orang yang menghidapi hipotiroidism (hormon tiroid rendah) adalah seperti berikut:
  • Badan lemah dan kekurangan tenaga
  • Berat badan meningkat
  • Kelemahan otot-otot.
  • Sembelit
  • Kurang tahan keadaan sejuk.
  • Tidak dapat berfikir secara pantas, cepat dan cekap.
  • Pendarahan haid yang berlebihan.
  • Kurang kesuburan (Infertility)
  • Kekeringan kulit, rambut dan kuku
Soalan 4
Di manakah ujian tiroid boleh didapati?

Jawapan 4
Ujian bagi mengetahui status hormon tiroid  boleh didapati di klinik kesihatan dan hospital kerajaan dan swasta. Ujian terhadap kelenjar tiroid juga dapat dilakukan di hospital kerajaan dan swasta.

Soalan 5
Apakah jenis rawatan untuk Hipertiroidisme/Tirotoksikosis?

Jawapan 5
Terdapat 3 jenis rawatan untuk Hipertiroidisme/Tirotoksikosis iaitu:
  1. Ubat-ubatan seperti Carbimazole dan Prophythiouracil yang mana ia berfungsi untuk menyekat pengeluaran hormon tiroid berlebihan. Propanolol pula digunakan di permulaan rawatan bagi mengurangkan kadar denyutan jantung. 
  2. Radioaktif Iodine (RAI) yang mana ia berfungsi memusnahkan sel-sel kelenjar tiroid. Risiko utama rawatan ini adalah berkemungkinan banyak sel-sel tiroid terhapus dan menyebabkan kegagalan pengeluaran hormon tiroid yang mencukupi dan hipotiroidisme terjadi. 
Pembedahan membuang sebahagian atau keseluruhan kelenjar tiroid.. Risiko bagi rawatan ini adalah seperti kecederaan saraf dan kekurangan pengeluaran hormon tiroid iaitu hipotiroidisme yang mana pil hormon tiroid perlu diambil bagi mengawal keadaan hipotiroidisme.

Soalan 6
Bagaimanakah penjagaan pemakanan di kalangan pesakit  hipotiroid?

Jawapan 6
  1. Keperluan kalori 25-30 kcal x berat badan. Harus diingat hypothyrodism menyebabkan kadar metabolisme tubuh menurun. Oleh itu, pengambilan makanan harian perlu dikawal kerana penurunan metabolisme ini akan menyebabkan berlakunya berat badan berlebihan.
  2. Keperluan protein 1-1.2 gram x berat badan. Sekiranya ada gejala anemia, perlu mengambil makanan tinggi protein serta vitamin B12 atau asid folik.
  3. Hadkan pengambilan makanan yang boleh menganggu fungsi ubatan goitre iaitu kobis, brokoli, kacang soya, kacang tanah dan bunga kobis.
  4. Digalakkan mengambil suplemen mineral surih seperti zink dn vitamin b kompleks yang berfungsi membantu kelenjar tiroid berfungsi dengan baik.
Soalan 7
Apakah kesan pengambilan ubat carbimazole?

Jawapan 7
Carbimazolemerupakan ubat anti-tiroid yang digunakan dalam pengurusan penyakit tiroid. Ubat anti tiroid ini berfungsi untuk menyekat penghasilan hormon tiroid yang berlebihan di dalam kelenjar tiroid. Antara kesan sampingan pengambilan ubat carbimazole yang boleh berlaku ialah sakit tekak, ulser mulut, demam, lebam, jaundis (tapi jarang berlaku), loya, tunas rasa terjejas (hilang rasa), sakit kepala, sakit sendi, “rash” alahan pada ubat dan keguguran rambut. Satu kesan sampingan luar biasa ubat ini adalah pengurangan sel darah putih dalam badan yang amat diperlukan untuk mempertahankan badan dari jangkitan kuman. Oleh itu, jika anda mengalami demam dan sakit kerongkong selepas mula mengambil ubat anti tiroid, anda patut menghubungi doktor anda untuk pemeriksaan fizikal dan ujian darah.

Soalan 8
Adakah peluang untuk hamil selepas menjalani pembedahan Total Thyroid dan pengambilan ubat Thyroxine?

Jawapan 8
Pembedahan Total Thyroid boleh menyebabkan hypothyroidism iaitu tahap hormon tiroid menjadi rendah kerana badan tidak dapat atau kurang menghasilkan hormon tersebut. Bagi wanita, tahap hormon tiroid yang rendah boleh mengganggu ovulasi dan seterusnya menjejaskan kesuburan atau peluang untuk hamil. Selepas pembedahan Total Thyroidectomy, doktor yang merawat akan terus menggantikan hormon tiroid anda yang mana pil hormonetiroid ini iaitu Levothyroxine  sodium perlu dimakan setiap hari untuk seumur hidup. Walaupun begitu,dengan memastikan tahap hormon tiroid adalah di bawah kawalan, kebarangkalian untuk mengandung masih ada.
Bagi seseorang wanita hamil yang hypothyroidism, pemantauan rapi tahap hormon tiroid semasa mengandung juga boleh menggalakkan perkembangan janin yang normal dan mengurangkan risiko keguguran.

Dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor pakar Obstetrik & Ginekologi bagi maklumat lanjut.

0 comments:

Post a Comment